Bagaimanakah Pendudukan Zionis Mensasarkan Murabiteen?

by admin
2091 views

Murabiteen dan Murabitat, atau Murabito Al-Aqsa adalah kumpulan-kumpulan dan individu dari Kota al-Quds (Baitulmaqdis) dan sekitarnya, dan penduduk Islam [warga Palestin] di tanah yang diduduki pada tahun 1948.        
Mereka mengorbankan diri dan masa mereka untuk tinggal di Masjid al Aqsa untuk menjaga pintu-pintu masjid tersebut dan melindunginya dari serangan oleh tentera “Israel”, pelampau Yahudi dan peneroka radikal.
Murabiteen mewakili generasi yang berlainan dan dari pelbagai latar belakang politik dan budaya. Cinta mereka yang tiada had terhadap al-Aqsa menyatukan mereka semua bersama-sama; orang tua, lelaki dan wanita muda selain dari pelajar yang menghafal dan membaca al-Quran dan menghadiri kuliah Syariah di laman berteres di sekitar al-Aqsa.

Kekejaman para Zionis dalam mensasarkan murabiteen telah meningkat karena peranan mereka yang semakin berkembang untuk mempertahankan al-Aqsa dan menghalang rancangan pembahagian itu. Mereka memerangi pelbagai jenis halangan seperti tindakan-tindakan berikut;

  1. Mengharamkan ribat dan menganggapnya tidak sah
    Pada 23 Ogos 2015, menteri perang Zionis, Moshe Ya’alon, mengeluarkan keputusan untuk menetapkan Murabiteen dan Murabitat sebagai organisasi haram berdasarkan cadangan ‘polis Israel’ dan ‘Perkhidmatan Keselamatan Am’. “Memandangkan mereka sebagai faktor utama dalam mewujudkan ketegangan dan keganasan … dan menjejaskan kedaulatan Israel ke atas Masjid al-Aqsa!”

Ini mencerminkan keangkuhan pendudukan Israel dan mengenakan status quo tersebut walaupun bertentangan dengan logiknya.

Menurut keputusan itu, kehadiran jemaah Muslim yang beribadat di masjid tersebut adalah satu faktor yang menyebabkan ketegangan dan keganasan, sementara tentera dan pelampau yang menyerang masjid al-Aqsa itu tidak!

  1. Memindahkan Murabiteen ke luar Masjid al-Aqsa
    Ia adalah satu tindakan berterusan yang digunakan oleh polis pendudukan Israel terhadap murabiteen dan murabitat untuk menghalang hak mereka untuk memasuki al-Aqsa dan melakukan ibadah. Larangan itu dikenakan ke atas ramai di antara mereka. Sebagai contoh, pada 23 Ogos 2015, pihak “Perisikan Israel” mengeluarkan satu senarai seramai 20 wanita dari Baitulmaqdis. Senarai itu kemudiannya meningkat dan turut memasukkan 55 lagi nama-nama yang dikenali di kalangan aktivis sebagai “Senarai Emas”. Ianya mengharamkan wanita-wanita tersebut dari hak mereka untuk memasuki Masjid al-Aqsa dan bersolat di sana.

Walaupun pendudukan Zionis  melarang dan mengisytiharkan ribat sebagai suatu jenayah, Murabiteen dan Murabitat tidak menghentikan ribat mereka malah mereka hadir berterusan di pintu-pintu gerbang al-Aqsa.

(Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Senarai Emas klik di sini: ‘Senarai Emas’ adalah titik perubahan dalam sejarah Masjid al-Aqsa).

  1. Mengharamkan ‘Konvoi Perjalanan’ ke al-Aqsa

Keputusan untuk mengharamkan Ribat diiringi oleh peperangan penjajah Zionis terhadap ‘Konvoi Perjalanan’ (bas membawa jemaah dari tanah-tanah pendudukan Palestin 1948 ke Masjid al-Aqsa).

Kuasa pendudukan Zionis menghentikan bas dan menghalang ‘konvoi Perjalanan’ daripada sampai ke Masjid al-Aqsa, dan mengancam para pemandu untuk dikenakan denda tinggi jika mereka mengangkut para jemaah tersebut.
Mereka bertujuan menghalang murabiteen dari sampai ke Masjid al-Aqsa.

  1. Penangkapan dan perbicaraan
  2. Memindahkan Murabiteen ke luar bandar al-Quds dan mengenakan sekatan ke atas mereka.
  3. Mengenakan larangan perjalanan dan membatalkan status pemastautin.
  4. Menangkap Murabiteen dan menuduh mereka menyebutkan “Allah Akbar” di hadapan kumpulan radikal Yahudi yang menyerang Masjid al-Aqsa.
  5. Memanggil Murabiteen untuk disoal-siasat berulang-kali dengan cara yang berbahaya.
  6. Penangkapan sewenang-wenangnya terhadap Murabiteen selama beberapa hari tanpa tuduhan.
  7. Serangan lisan dan fizikal terhadap Murabiteen seperti; mencarut, memukul dan menyeksa.
  8. Memegang ID Murabiteen.
  9. Merempuh masuk rumah Murabiteen.
  10.  Menghalang perlindungan insurans perubatan untuk Murabiteen dan keluarga mereka.
  11. Mengancam untuk mengambil anak-anak Murabiteen dan menghantar mereka ke rumah anak yatim.
  12. Meletakkan Murabiteen di bawah tahanan rumah.
  13. Mengenakan denda kewangan pada Murabiteen.

Related Articles