Merupakan kawasan rata yang tingginya tidak mencapai 1 meter dari permukaan dataran Masjid al-Aqsa dan kebiasaannya diperbuat daripada batu. Bentuknya seakan-akan seperti platform (منصة). Untuk sampai ke kawasan ini perlulah menaiki beberapa anak tangga dan kebiasaannya terdapat di kawasan masthabah yang berbentuk lengkungan atau rongga yang berfungsi sebagai penentu arah kiblat. Selain itu, digunakan juga untuk majlis-majlis ilmu, hafazan al-Quran ataupun solat. Di perkarangan al-Aqsa, terdapat 36 buah masthabah dan dua daripadanya baru sahaja dibina.