Makna asal Ribat adalah untuk tinggal di suatu tempat tanpa meninggalkannya. Ia berasal dari kata kerja Arab “rabata” رابط yang bermaksud, dia tinggal di tempat yang sama tanpa meninggalkannya.
Oleh itu, Ribat bermaksud berada di kawasan perbatasan yang lemah (Thughur) yang berisiko diancam akan diserang oleh musuh, untuk memperkuat, melindungi dan mempertahankan warga negara.
Ribat mempunyai nilai yang besar dalam Islam, ia adalah salah satu bentuk jihad kerana Allah. Rasulullah (saw) bersabda, “Melaksanakan Ribat untuk satu hari adalah jauh lebih baik daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya.”
Sejak abad pertama AH / 7 AD, umat Islam telah terbiasa tinggal di Masjid al-Aqsa, sehingga sejumlah besar daripada mereka telah meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke Baitulmaqdis (al-Quds) untuk melaksanakan I’tikaf [tinggal sebentar di dalam masjid untuk tujuan beribadat dan ketaatan kepada Allah] di Masjid al-Aqsa dan apabila mereka meninggal dunia, mereka dikebumikan di sekitarnya.
Mungkin para sahabat Rasulullah (saw), Shaddad ibn Aws (64 AH / 683 AD) dan Thu al-Asabi’a adalah contoh pertama yang disebutkan dari antara para sahabat yang berpindah ke Masjid al-Aqsa.
Thu al-Asabi’a terinspirasi oleh kata-kata Rasulullah (saw) dan berpindah ke al-Aqsa. Beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah (saw),” Wahai Rasulullah, jika kami hendak tinggal di suatu tempat selepas kewafatanmu, di manakah tuan memerintahkan kami tinggal? “
Rasulullah (saw) berkata, “Tinggallah di Baitulmaqdis supaya jika kamu mempunyai keturunan, mereka akan pergi ke masjid” 2
Malah selepas mereka, Ribat dan I’tikaf tidak pernah putus di Masjid al-Aqsa selama berabad-abad lamanya kecuali semasa era Perang Salib apabila seluruh masjid diduduki dan ditukarkan kepada gereja dan asrama untuk tentera-tentera Salib.
Buku-buku sejarah, tasawwuf dan biografi mengandungi banyak tanda-tanda mengenai mereka yang tinggal di Masjid al-Aqsa dan mengabdikan diri mereka untuk menyembah Allah dan melaksanakan I’tikaf.