Sejarah Masjid al-Aqsa: Penubuhan Awal

by admin
8902 views

Oleh: Dr. Sharif Abu Shammalah
CEO of al-Quds Foundation Malaysia

Oleh kerana Masjid al-Aqsa begitu signifikan dalam Islam, ia juga menjadi pusat keberkatan dan merupakan masjid kedua yang dibina di bumi. Tambahan pula, sejarahnya masyhur dan dikaitkan pula dengan Masjid al-Haram di mana para nabi pernah berdoa kepada Allah dan mendirikan solat, dan menyampaikan ajaran mereka dari mimbarnya.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang era tertentu dalam sejarah Masjid al-Aqsa, untuk menelusuri bahagian-bahagian paling penting dari awal pembinaannya, mengambil kesempatan daripada sumber-sumber Islamik dan menjejaki rujukan serta maklumat, sebagai nukilan selain dari yang sedia terkandung dalam hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersohor.

Awal Penubuhan Masjid al-Aqsa

Sudah jelas dalam Sunnah Nabi bahawa pada awalnya pembinaan Masjid al-Aqsa adalah 40 tahun selepas Masjid al-Haram dibina. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim selepas Abu Dzarr (ra) yang berkata: “Saya bertanya kepada Rasulullah (saw):” Wahai Rasulullah, Masjid yang manakah mula-mula dibina di bumi “? Nabi (saw) menjawab, “Masjid al-Haram”. 
Abu Dzarr bertanya lagi, “Yang mana seterusnya”? Nabi (saw) berkata, “Masjid al-Aqsa”. Abu Dzarr bertanya lagi, “Berapa lamakah tempoh antara kedua-dua bangunan masjid itu”? Nabi (saw) berkata, “Empat puluh tahun, tetapi seluruh bumi adalah masjid untuk anda, maka dirikanlah solat di mana sahaja anda berada ketika masuknya waktu solat” 1.
Hadith ini adalah asas untuk memahami dan menghayati sejarah Masjid al-Aqsa. Kerana ia menunjukkan bahawa pembinaan Masjid al-Aqsa tidak lama selepas pembinaan Masjid al-Haram, kerana empat puluh tahun adalah masa yang singkat berbanding dengan zaman manusia paling awal, atau kehidupan di bumi
salah satu perkara penting yang biasanya dibincangkan semasa mengkaji sejarah pembinaan Masjid al-Aqsa adalah identiti pengasasnya. Isu ini telah menarik perhatian pengkaji-pengkaji Islam untuk dijadikan bahan kajian mereka, sejak dahulu sehingga kini.
Dalam hal ini, ulama Islam, Ibn Hajar al-Asqalani merujuk kepada kepelbagaian pendapat mengenai karakter tersebut, “Yang pertama yang membina Masjid al-Aqsa adalah Adam (as), sedangkan terdapat kisah lain yang mengatakan, para malaikat atau Sam bin Nuh (as) atau Yaaqub (as)”. Walau bagaimanapun,  beliau telah bersetuju dengan Ibn al-Jawzi, Ibn Hisham dan yang lain dalam pendapat mereka bahawa mungkin sekali Nabi Adam (as) telah membina Masjid al-Aqsa selepas Masjid al-Haram.
Beliau berkata: “Kebarangkalian yang disebutkan oleh Ibn al-Jawzi lebih tepat, dan saya mendapati bukti-bukti yang menyokong pendapat bahawa Nabi Adam (as) adalah orang yang mendirikan kedua-dua masjid tersebut” 2.

Ibn Hisham telah menambahkan lebih banyak maklumat untuk memperkuatkan pandangan ini, katanya; “Selepas Nabi Adam (as) selesai daripada membina Kaabah, Allah memerintahkannya untuk berjalan ke Tanah Suci, dan Jibril menunjukkan kepadanya bagaimana untuk membina Baitulmaqdis dan kemudian dia membinanya” 3.
Adalah penting diperhatikan bahawa apa yang dimaksudkan oleh Baitulmaqdis, adalah Masjid al-Aqsa sebagaimana ianya pertama kali disebutkan pada awal Surah Al-Isra.
Pada zaman seterusnya, umat Islam biasa memanggil Kota al-Quds sebagai Baitulmaqdis. Kemudian, al-Aqsa menjadi nama umum masjid.

Masjid al-Aqsa adalah nukleus Baitulmaqdis, dan merupakan bangunan pertama di rantau itu, sama seperti Kaabah yang juga merupakan bangunan pertama di kawasannya 4.

Sesetengah orang mungkin tersalah faham mengenai awal penubuhan Masjid al-Aqsa yang dibina empat puluh tahun selepas Masjed al-Haram, oleh itu Masjid al-Aqsa, mengikut hadith yang terdahulu, dibina semasa atau selepas zaman Nabi Ibrahim (as) kerana dia adalah orang yang membina Kaabah sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran;

Dan ingatlah Ibrahim meninggikan binaan Baitullah bersama Isma’il (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami: Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui [Al Baqarah: 127].
Tafsirannya ialah, Nabi Ibrahim (as) hanya mengubahsuai Kaabah kerana awal penubuhan bangunan itu adalah di zaman Nabi Adam (as), iaitu selepas kemusnahan bangunan pertama itu seperti mana yang disebut oleh beberapa sarjana seperti; al-Tabari in his Tafsir, al-Razi ‘al-Tafsir al-Kabir’, al-Qurtubi “al-Jam’a Ahkam al-Quran” al-Suyooti “Sharh sunan al-Nisaei”, al-Beghawi, dan lain-lain sarjana. Menurut al-Tabari, “Dasar-dasar masjid sudahpun wujud sebelum itu. Yang lain berkata, mereka adalah pangkalan sebuah rumah “masjid” yang Allah telah turunkan kepada nabi Adam (as) dari langit ke bumi “5.

Dari beberapa teks dan pendapat-pendapat terdahulu dari sarjana-sarjana tersohor dan para penterjemah (mufassirin), berkemungkinan penubuhan Masjid al-Aqsa adalah oleh Nabi Adam (as).

Pembinaan Pertama Masjid al-Aqsa: Bentuk dan Arah

Di bahagian terakhir petikan kata-kata Ibn Hisham yang sebelum ini “Jibril telah menunjukkan kepadanya cara membina Baitulmaqdis” adalah tambahan fakta yang sangat penting dan unik bagi sejarah pembinaan Masjid al-Aqsa.
Ia mengesahkan bahawa nabi Adam (as) telah membina Masjid al-Aqsa mengikut cara ianya diilhamkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, dan di tunjukkan oleh Jibril (as).
Salah satu penemuan paling menarik oleh penyelidik Haitham ar-Rutrout ialah dari segi seni bina dan sejarah Kaabah  dan al-Aqsa yang mulia.
Beliau mempelajari dimensi Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim (as) di pangkalan yang dibina oleh nabi Adam (as).
Berdasarkan pembentangan al-Azraqi dalam bukunya “akhbar Makkah” (kitab tertua tentang sejarah Mekah), pelan binaan Kaabah telah ditentukan dan dimensi Masjid al-Aqsa diteliti sepertimana keadaannya pada masa para Nabi, sebelum pengembangan Umayyad (1 Hijri / 7 AD)  adalah mengarah ke utara, berdasarkan penyelidikan dan penemuan arkeologi moden.

Beliau menyimpulkan seperti berikut: “apabila membandingkan seni bina Masjid al-Aqsa dengan seni binaan Kaabah, kesamaan mutlak di antara mereka diperhatikan melalui nisbah sisi mereka dan darjah sisihannya, serta sudut-sudut antara kedua belah sisinya.

Ringkasnya, hasil yang dapat dicapai melalui perbandingan seni bina ini menegaskan bahawa kedua-dua Masjid al-Aqsa dan Kaabah dibina berdasarkan pelan yang sama.

Fakta ini membuktikan bahawa pelan ke dua-dua binaan tersebut diasaskan oleh orang yang sama, atau orang yang mengasaskannya hidup selama satu tempoh di kedua-dua tempat tersebut dan mengetahui apa yang ada di situ “. (Lihat gambarajah).

Corak seni bina dari Kaabah semasa zaman Nabi Ibrahim (as) dan Masjid al-Aqsa pada awal abad ke-7 AD. Dapat diperhatikan bahawa terdapat kesamaan antara pelan kedua-dua bangunan tersebut.

Ar-Rutrout mendedahkan dalam kajiannya bahawa arah masjid al-Aqsa berada di arah yang sama dengan Kaabah, yang bermaksud, Masjid al-Aqsa dibina ke arah Kiblat sejak zaman pertamanya dan membuktikan bahawa Masjid al-Aqsa dibina selepas Masjid al-Haram. (Lihat angka).

Hasil-hasil penting ini mengesahkan bahawa Nabi Adam (as) telah membina Masjid al-Aqsa mengikut pelan yang sangat tepat yang melampaui kemampuan manusia pada masa itu, dan ia mestilah sesuai dengan kehendak Allah SWT, yang juga mengesahkan kekuatan dari segi sejarah, struktur dan hubungan keagamaan antara kedua-dua masjid berkenaan.

[1] Narrated by Al-Bukhari

[2] Ibn Hajar al-Askalani: Fath al-Baari, 6, 408-409.

[3] (Kitab al-Teejan fi Muliki Bani Hamir: pp. 22-22)

[4] (Kitab al-Teejan fi Muliki Bani Hamir: pp. 22-22)

[5] Abdullah Maarouf: Almudkhal ila dirasat Bait al-Maqdis

Related Articles