Sejarah Ringkas Para Qari Al-Quran Yang Gemilang di Masjid Al-Aqsa semasa Era Islam

by admin
3259 views

Oleh: Majd Al-Hadmi

Diterjemahkan dan diadaptasikan oleh QFM

Sejarah pembacaan Al-Quran di Masjid al-Aqsa bermula dari Sekolah Al-Iqra di tanah Levant (bahagian timur Laut Mediterranean) al-Sham. Ia dicetuskan dari sahabat Rasulullah, Abu Darda (ra), yang merupakan salah seorang pengumpul Al-Quran dalam era tersebut dan juga merupakan hakim al-Sham pada 32 AH. Al-Quds berbangga dengan kesungguhannya yang mendalam terhadap Al-Quran sama ada dari segi pembacaan, pendidikan dan Sanad. Ia merangkumi Masjid al-Aqsa, yang membuka pintu kepada para saintis Islami dan para pelajar sepanjang sejarah. Masjid Al-Aqsa adalah satu-satunya institut saintifik yang hebat di al-Quds dalam empat abad pertama penghijrahan Rasulullah (saw). Ia adalah masjid dan sekolah di mana munculnya sains Fiqh, Hadis dan Al Quran.

Pendudukan Tentera Salib menyebabkan penurunan pengaruh saintifik Islami al-Quds tetapi ia kembali kuat dalam zaman Ayyub id, Mamluk dan Uthmaniyyah. Dalam tempoh ini, para pemimpin al-Quds menaruh minat yang mendalam terhadap pendidikan dan mentakzimkan lawatan ke sini, terutamanya semasa musim haji.
Sangat jelas kelihatan dalam buku-buku biografi bahawa pelajar dari banyak negara-negara Islam berusaha untuk melawat para sarjana yang tinggal di al-Quds untuk mendapat manfaat daripada pengetahuan mereka yang hebat, termasuk ilmu-ilmu Al-Quran dan Sanad- hubungan antara pembaca dan guru-gurunya sehingga kepada Nabi (saw) – melalui perawi yang membaca al-Quran dalam al-Quds. Terdapat beberapa qari yang bekerja di al-Aqsa, termasuk Shahabuddin Ahmed bin Mohammed bin Mughith Alandalusi, Sheikh Othman bin Abdullah bin Abdul Rahman Abu Omar al-Jabrati, dan ketua qari di al-Quds, Sheikh Shihabuddin Ahmed, anak lelaki Syeikh Shams al-Din Muhammad bin Mohammed bin Hussein al-Awtari Al-Shafei yang meninggal dunia pada tahun 874 H / 1469 M. Terdapat sebutan hebat dalam buku-buku biografi pembaca al-Aqsa yang tidak terhad kepada qari yang telah membaca Al Quran di al-Aqsa sepanjang sejarah, atau mereka yang dilahirkan di al-Quds, tinggal di sana, atau meninggal dunia di sana. Kita tidak dapat menyebut semua nama mereka kerana bilangan mereka yang besar tetapi kita akan menyebut beberapa daripada mereka seperti;

Imam al-Nasai, pengarang “Alsunn Alkubraa Walsughraa”, yang diketahui oleh orang ramai sebagai seorang Sarjana Hadits dan mereka tidak tahu bahawa dia adalah perawi dan qari al-Quran di al-Aqsa dan meninggal pada 303 AH / 915 AD. Begitu juga Imam al-Razi yang terkenal, yang pernah membaca Al-Quran dan mengajarnya di Kubah As-Sakhra pada abad keempat AH, dan salah seorang muridnya adalah Abul Abbas, al-Nasawi, Imam Masjed al- Haram pada waktu itu.

Imam pertama Kubah As-Sakhra selepas penaklukan tersebut bernama Abul Hassan Ali bin Jameel Maafri al-Maqdisi, berasal dari Al-Andalus dan dikenali sebagai Alhaj al-Malqi. Beliau belajar di Maghribi kemudian berpindah ke Damsyik ketika masih muda dan belajar dari para sarjana di sana. Kemudian, beliau tinggal di al-Quds untuk mengimamkan salat dan mengajar mereka Al-Quran. Beliau meninggal dunia pada tahun 605 H / 1208 M.

Selepas itu, kebiasaan mentakzimkan haji yang bermaksud melawat al-Quds selepas melaksanakan Haji telah tersebar luas, dan diikuti oleh para jemaah haji. Kebiasaan ini memberi kesan yang baik terhadap para sarjana untuk tinggal di al-Quds dan pada gerakan saintifik di sana, terutamanya jemaah haji Maghribi yang biasanya mengambil kesempatan untuk melakukan perjalanan ke Masjid al-Aqsa kerana mereka mungkin tidak dapat mendirikan salat disana sekali lagi kerana jaraknya yang jauh.

Sesetengah daripada mereka memutuskan untuk tinggal di di kawasan kejiranan al-Quds, yang masih dikenali sebagai kejiranan Maghribi (Harat al-Maghariba) untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam dari para sarjan al-Quds, termasuk Abdullah bin Mohammed al-Maghribi yang pernah membaca al-Quran dan mengajarkannya di Masjid al-Aqsa. Beliau tinggal di sana sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 710 H / 1310 M.

Shehabuddin Ahmad ibn Jabara al-Maqdisi al-Salhi, salah seorang yang terkesan oleh pendudukan Tentera Salib di al-Quds pada tahun 1099, keluarganya telah berhijrah ke Syria sehingga dia kembali ke al-Quds pada abad ke-7 AH. Beliau menjadi salah seorang qari dan sarjana  yang paling terkenal dalam bidang pengajian Al-Quran. Beliau tinggal di sana sehingga akhir hayatnya pada tahun 728 H / 1327 M. Di samping itu, Imam Muhammad ibn al-Jazri dianggap sebagai salah seorang syeikh yang paling terkenal dalam qiraat al-Quran di Masjid al-Aqsa. Ibn al-Jazri mengembara antara Syam, Hijaz, Mesir dan Iraq, mempelajari qiraat Al-Quran dan mengajar mereka kepada orang ramai.

Sheikh al-Islam Shehabuddin menghantar kepadanya jemputan untuk melawat Baitulmaqdis dan dia menerima pelawaanya lalu tinggal di sana selama sisa hidupnya sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 833 H / 1492 M.

Beliau adalah ketua sekolah al-Jawharia dan sekolah al-Salahia di al-Quds. Selain itu, beliau ditugaskan sebagai Imam untuk membaca Al-Quran dari Zaher Jumqaq di Kubah As-Sakhra.

Pembacaan Kitab suci Al Quran diteruskan di Masjid al-Aqsa sepanjang tahun

Mamluk (yang memerintah Sham di antara abad ke-13 dan ke-16) mendedikasikan satu fungsi kepada pembaca Al-Quran, yang kita sebut sebagai qari, yang berdasarkan bacaan al-Quran, membaca pada waktu tertentu dan menjelaskan makna ayat-ayat Al Quran kepada sekumpulan orang di masjid.

Pelantikan qari diikuti dengan penyampaian salinan-salinan Al-Quran ke masjid-masjid. Para penguasa dan gabenor bersaing untuk menghantar salinan Al-Quran ke Masjid al-Aqsa untuk dibaca di sana sepanjang masa tanpa gangguan.

Salah satu manifestasi kebajikan yang dilaksanakan oleh beberapa orang sultan Mamluk untuk menghormati Al-Quran ialah apabila Sultan Toman Bay telah meletakkan satu salinan Al-Quran ke arah mihrab di dalam masjid Kubah As-Sakhra.Baginda telah melantik Shaikh Muhammad ibn Qatlubgha al-Ramli sebagai qari. Beliau adalah qari yang terkenal dengan ingatanya yang kuat dan suaranya yang merdu. Salah satu salinan yang diberikan kepada Masjid al-Aqsa ialah Mushaf al-Nafis. Salinan tersebut dihadiahkan oleh Sultan Maghribi, “Abulhassan El-Marini”, dan disimpan di Muzium Islam di Masjid al-Aqsa.

Sultan tersebut telah memberikan tiga salinan kepada Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi dan Masjid al-Aqsa, tetapi dua salinan pertama hilang dan hanya salinan al-Aqsa yang kekal di seluruh dunia Islam.

Sejumlah qari dari Maghribi telah dilantik oleh sultan tersebut untuk membaca Quran ini di masjid.

Salah satu halaman dariuMushaf Abu Hassan Marini dalam skrip Kufic Maghribi

Keadaan ini berterusan semasa era Uthmaniyyah. Sejak awal lagi, mereka telah berminat menghantar Mushaf yang mulia dan meletakkannya di peti besi di Kubah As-Sakhra, Masjid al-Aqsa dan lain-lain Institut sains Islami di al-Quds.

Mereka juga menggajikan qari untuk membaca Al-Quran sebagaimana yang diamalkan dari dahulu lagi. Perlu disebutkan bahawa manuskrip dan rekod-rekod pengadilan Islam di al-Quds sarat dengan nama-nama pembaca yang telah membacakan Al-Quran yang diberikan dalam tempoh berturut-turut sebagai menandakan pembacaan berterusan Al-Quran yang suci  di Masjid al-Aqsa dan mussalla-musallanya.

Upacara mengkhatamkan bacaan Al-Quran masih diteruskan hingga ke hari ini. Para qari mengkhatamkan bacaan Al-Quran pada 28 Ramadan setiap tahun dengan membaca bab ke-30, dan kesempatan ini biasanya dihadiri oleh mereka yang datang untuk beribadat dan sejumlah orang al-Quds. Dalam gambar:

Akhbar Palestin memaparkan upacara mengkhatamkan pembacaan al-Quran yang suci di dalam Kubah As-Sakhra di bulan Ramadan 1365 AH, Ogos 1936.

Untuk membaca artikel asal(dalam bahasa Arab)

Related Articles