Khadija Ahmed Khowis, salah seorang “murabitat” yang terkenal di Masjid al-Aqsa. Beliau tekad untuk menyerahkan hidupnya untuk masjid tersebut. Bagi beliau, tiada yang lebih utama dari Masjid Al-Aqsa, bukan dirinya sendiri mahupun keluarganya.
Pelindung Al-Aqsa
-
-
Wanita ini telah berpeluang mempelajari ilmu syariah dan fiqh di perkarangan Masjid al-Aqsa yang penuh barakah. Oleh sebab itu, setiap sudut dan selok-belok kiblat pertama dalam Islam tersebut amat dikenalinya. Masjid al-Aqsa menjadi sangat dekat di hatinya.
-
Al-Murabita Sahar al-Natsheh telah berulang kali ditangkap oleh rejim Zionis atas tuduhan “ribat” di Masjid al-Aqsa dan menghasut orang ramai untuk bersamanya. Kehadiran beliau secara terus-menerus di Masjid al-Aqsa telah menimbulkan kebencian pihak Israel terhadapnya.
-
Beliau ialah wanita pertama yang diusir oleh rejim Zionis daripada Masjid al-Aqsa dan Kota al-Quds selama enam bulan. Di samping itu, nama beliau turut tersenarai di kedudukan pertama sebagai orang yang dihalang daripada memasuki Masjid al-Aqsa.
-
Sheikh Raed Salah adalah salah seorang tokoh Palestin yang sangat terkenal kerana penentangannya terhadap dasar-dasar Israel dan kejayaannya mendedahkan konspirasi untuk mengyahudikan (to Judaize) al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Beliau telah…
-
Murabiteen dan Murabitat, atau Murabito al-Aqsa adalah kumpulan-kumpulan dan individu dari Kota al-Quds (Baitulmaqdis) dan sekitarnya, dan penduduk Islam [warga Palestin] di tanah yang diduduki pada tahun 1948.
Mereka mengorbankan diri dan masa mereka untuk tinggal di Masjid al-Aqsa untuk menjaga pintu-pintu masjid tersebut dan melindunginya dari serangan oleh tentera “Israel”, pelampau Yahudi dan peneroka radikal.